Dah lama berkenan brisk walk skirt ini tapi masa itu saya pendamkan sahaja sebab labuh skirt itu masih pendek untuk saya. Saya personally message Pn Raffida tanya tak ada ke skirt yang labuhnya sesuai untuk saya. Alhamdulillah, jutaan terima kasih kerana Pn Raffida mendengar feedback saya. 1st saya pakai ke Pantai Timur kerana menghadiri jemputan perkahwinan dan pasti ambil peluang untuk berjalan. Dengan cuaca yang agak panas, saya merasa amat selesa, tidak panas serta tidak berpeluh walaupun skirt saya itu warna hitam. Yang penting tidak jarang. Jenis material yang bagus membuat kerja saya mudah untuk menyusun dalam bag pakaian, tak ambil banyak ruang & material tidak berat kerana bila naik flight, berat luggage pasti jadi keutamaan. So yang pasti Brisk Walk skirt ini will be added dalam travel check list saya as one of the compulsory item untuk dibawa. Overall memang best & puas hati (Ke hulur, ke hilir atau ke mana sahaja serta apa saja activities, yang penting buat kita rasa selesa and happy 🩷🩷🩷